CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »





Saturday 24 September 2011

Homestay di Machang Menawarkan Penginapan untuk rehat dan bermalam

HOMESTAY MACHANG

Villa An-Nur






Homestay and Guesthouse Villa Annur- sejarah- Kami memiliki sebuah lot banglo dua tingkat di Machang yang telah diubahsuai untuk dijadikan Homestay sedia untuk disewa bagi  penginapan bermalam untuk keluarga, individu atau rombongan. Rumah ini merupakan kediaman pertama kami, di mana sekarang kami telah kembali ke kampung asal kami di Pulai Chondong. Kami ingin berkongsi keindahan memori pertama kami di kehijauan suasana kampung bersama anda semua..;)
Lokasinya hanya kira-kira 5 minit perjalanan ke bandar MACHANG. Melalui Balai Bomba dan Penyelamat dan terus ke SMKA WATANIAH..


Garaj kenderaan



Ruang hadapan villa yang luas sesuai untuk parking beberapa buah kenderaan.




Beranda yang berada di tingkat atas yang sesuai untuk menghirup udara segar di dalam suasana desa yang menenangkan

Setiap bilik akan mempunyai sebuah bilik air yang dibina khas di dalam bilik dan di ruang tengah setiap tingkat juga dibina sebuah bilik air untuk memudahkan penyewa.









        Ruang di tingkat bawah yang luas, disediakan juga meja makan, set kerusi dan
                             televisyen untuk kemudahan penyewa









Ruang dapur yang selesa


Sudut menggosok pakaian lengkap bersama ironing board ditempatkan
di tingkat atas homestay kami





Ruang tamu di tingkat atas



King Deluxe Room


Pelanggan yang berminat boleh menyewa Homestay ini di mana sebuah bilik utama 'King Deluxe Room' yang berada di tingkat atas memuatkan sebuah katil double king size dan sebuah katil single serta ruang yang luas untuk memastikan keselesaan para pelanggan. Terdapat juga meja, rak dan juga kerusi yang kondusif untuk melaksanakan tugasan. 
Di samping itu juga, tikar sejadah serta rak penyidai khas turut disediakan.







Katil double king size dan Katil single


Stairway berada di ruang antara tingkat atas dan bawah.


Superior Room

Menyediakan sebuah katil double queen serta sebuah katil single juga sebuah bilik air di dalam bilik. Di samping kemudahan menulis dan menyimpan barang dengan kemas.



Katil Double Queen dan Katil Single







Bilik di tingkat atas villa



Standard Room


Manakala  'Standard Room' pula akan menyediakan 3 buah katil single. Di dalam 'Standard Room' turut dibina sebuah bilik air khas di dalam bilik bersama kelengkapan lain.


Untuk segala urusan tempahan, sila hubungi
0199926824
Cg Haji Noor